Kereta api tergelincir di Johor Bahru, difahamkan berpunca dari mendapan tanah

1466

Sebuah kereta api membawa 24 penumpang dan empat staf tergelincir dari landasan di kilometer 752.75 hingga 753.25 (arah selatan) berhampiran Kampung Kurnia, Johor Bahru.

kereta api tergelincir

Bagaimanapun, semua penumpang dan staf tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 7:49 malam semalam itu.



Mendapan tanah difahamkan berlaku di kawasan berhampiran tapak Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) dan dipercayai disebabkan hujan lebat pada sebelah petang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Rani Hisham Samsudin, berikutan kejadian itu, tren terpaksa dihentikan sebelum kawasan kejadian.

kereta api tergelincir

“Semua penumpang dipindahkan dengan bas bagi meneruskan perjalanan ke Stesen JB Sentral,” kata Rani.

“Ketika ini, perkhidmatan tren akan ditamatkan di Stesen Kempas Bahru dan penumpang akan disediakan kenderaan perantaraan bagi meneruskan perjalanan ke Stesen JB Sentral dan sebaliknya.

“KTMB memohon maaf kepada penumpang yang terbabit kejadian itu dan sebarang maklumat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” tambahnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, mengesahkan menerima kejadian membabitkan keretapi lima gerabak itu termasuk tiga gerabak penumpang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here