Setakat jam 12 tengah hari ini, aliran trafik dari arah utara dan selatan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menghala ibu negara dilaporkan bergerak dengan lancar.
Menurut jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Bhd, jumlah kenderaan dijangka bertambah menjelang lewat petang nanti apabila orang ramai mula kembali ke ibu kota sempena cuti Hari Krismas dan hujung minggu sejak Jumaat lalu.
“Setakat ini, aliran trafik masih lancar termasuk di Jambatan Pulau Pinang dari kedua-dua arah Georgetown-Seberang Prai, Tambak Johor, Pagoh dan Yong Peng,” katanya.
Sementara itu, menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), aliran trafik di lebuh raya utama lain juga bergerak lancar.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar