Isu berbasikal dapat diselesaikan dengan laluan khas di taman rekreasi – polis

1124

Isu golongan berbasikal yang menjalankan aktiviti berkenaan di jalan raya dapat diselesaikan dengan mewujudkan laluan khas di taman rekreasi.

berbasikal

Isu tentang aktiviti ini sebenarnya sudah berlarutan sejak sekian lama dan telah mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.



Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan (MOT) wajar memperhalusi cadangan itu secepat mungkin demi menjamin keselamatan golongan berbasikal dan pengguna jalan raya lain.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias.

“JSPT mengalu-alukan cadangan berkaitan masalah aktiviti berbasikal yang timbul sejak sekian lama,” kata Azisman.

“Kita mohon MOT cepat mengusulkan perkara ini kepada kerajaan pusat supaya isu ini dipandang serius.

“Dalam hal ini, pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur boleh menyediakan laluan di kawasan khusus untuk aktiviti berbasikal,” tambahnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here