‘Roller coaster’ lazimnya terdapat di suatu tempat tertentu seperti di taman hiburan dan taman tema. Namun kini, ia boleh didapati di atas sebuah kapal persiaran.
Memperkenalkan Mardi Gras, sebuah kapal persiaran yang dimiliki oleh Carnival Cruise Line. Kapal ini dihasilkan dengan kapasiti sehingga 6,500 penumpang.
Walaupun ia sudah bersedia untuk berlayar, namun orang ramai harus menunggu pandemik Covid-19 berakhir sebelum boleh menaikinya.
Carnival Cruise Line merancang untuk melancarkan kapal persiaran ini pada April 2021 untuk berlayar di lautan Caribbean, namun belum mendapat kebenaran Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).
Selain roller coaster, kapal bernilai AS$905 juta (RM3.85 bilion) dan seberat 180,000 tan itu turut menawarkan fasiliti seperti panggung wayang, gelongsor air, zip line, dan kereta Fiat 1972 yang dipamerkan di kawasan terbuka.
Sementara itu, Mardi Gras turut beroperasi menggunakan cecair gas asli yang mengurangkan kesan perlepasan karbon sebanyak 20 peratus berbanding diesel marin.
Kapal ini turut dilengkapi dengan kemudahan moden seperti pintu gelas di tandas setiap kabin, tab panas (hot tub) peribadi, khas untuk pelanggan Excel Suites dan akses kepada dek matahari dengan kabana.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar