KKR komited pastikan jalan raya berlubang ditampal dalam tempoh 24 jam

1405

Kementerian Kerja Raya (KKR) mengulangi komitmen mereka untuk memastikan setiap jalan raya yang berlubang, akan ditampal dalam tempoh 24 jam.

Menurut KKR, semalam, Kempen Zeropothole (Sifar Jalan Berlubang) yang dijalankan dari 2016 hingga 2018, sudah diperkenalkan semula pada Julai lalu.



Katanya, inisiatif kementerian bersama enam syarikat konsesi Jalan Persekutuan di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan, akan memperkukuh komitmen dalam perkhidmatan penyelenggaraan jalan raya.

“Bawah kempen ini, kerja menampal jalan berlubang akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam, iaitu pembaikan sementara susulan penemuan atau aduan kerosakan. Dalam tempoh tiga hari, pembaikan kekal akan dilakukan seperti dalam kontrak Penyelenggaraan Jalan Persekutuan,” kata JKR.

Tambah JKR, kerosakan ‘pothole’ merujuk kepada lubang dengan kelebaran di bawah 200mm hingga 1,000mm. Jika kelebaran lubang adalah di bawah 200mm, teknik tampalan tidak membabitkan potongan tetapi sebaliknya ditampal terus.

jalan raya berlubang
gambar hiasan

Apabila kelebaran lubang adalah hingga 1,000mm, ia memerlukan kaedah pemotongan jalan sebelum menampalnya. Jika melebihi 1,000mm pula, ia perlu dirawat sebagai kegagalan ‘paveman’.

KKR menjelaskan, kerajaan juga sudah meluluskan peruntukan RM100 juta dalam Belanjawan 2021 bagi pelaksanaan kerja di Jalan Persekutuan dikenal pasti.

Mereka akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan bagi memastikan permukaan jalan tidak cepat rosak akibat lebihan muatan.

Lanjut KKR, mereka sentiasa komited memastikan aduan diterima, diselesaikan dengan segera tanpa mengira status pengadu, malah mengamalkan ‘No Wrong Door Policy’ demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Mereka juga sentiasa prihatin dan mengambil serius isu berkaitan keselamatan pengguna jalan raya, termasuk isu yang dibangkitkan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here