Ops Patuh: JPJ Perlis sita kenderaan klon

1658
Hasrat seorang wanita untuk bersiar-siar di negeri Perlis bersama-sama dengan rakannya terbantut apabila kenderaan yang dipandunya telah ditahan dan disita oleh JPJ Perlis.
Hasil pemeriksaan oleh anggota penguatkuasa JPJ Perlis yang menjalankan Ops Patuh di KM 1 Jalan Hospital Tengku Fauziah, Kangar, mendapati kenderaan yang dipandu oleh wanita tersebut disyaki kenderaan klon.
 
Operasi tersebut diketuai oleh Pemeriksa Kereta Motor (AB29) Mohd Shahrizal Md Ali bersama tiga anggota yang lain.
JPJ Perlis
Pemeriksaan lanjut juga mendapati wanita tersebut memandu kenderaan tanpa lesen dan cukai jalan kenderaan tersebut telah tamat tempoh.
 
Menurut Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah, setelah pihaknya menjalankan pemeriksaan, status dan maklumat nombor chasis kenderaan tersebut tidak wujud di dalam sistem Mysikap.
JPJ Perlis
Sehubungan itu pemandu tersebut turut dikenakan saman bagi kesalahan dibawah Seksyen 7(1), 108(3) dan 90(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ), iaitu kesalahan menggunakan kenderaan yang tidak didaftarkan, mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain, mempamerkan Lesen Kenderaan Motor kenderaan lain dan tiada perlindungan insuran.
 
Jika disabitkan dengan kesalahan boleh dihukum denda sebanyak RM5,000 hingga RM20,000 bagi setiap kesalahan dibawah akta yang sama.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here