Honda Super Cub ternyata menjadi motosikal yang paling banyak dikeluarkan dalam sejarah dengan jumlah produksi mencecah 100 juta unit.
Jadi tidak hairan motosikal itu menjadi model ikonik di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Malah ia juga menjadi model utama untuk modifikasi yang mana ia negara kita juga terima tempiasnya.
Bagaimanapun lain pula gaya modifikasi yang dilakukan oleh K-Speed Thailand. Ia kelihatan sangat unik dan berbeza dengan gaya ubah suai yang kerap kita dengar iaitu street cub.
Apa yang membezakanya, ia dibina supaya lebih agresif dan mirip dengan motosikal gaya cafe racer.
Bahagian depannya menggunakan fork teleskopik yang ditutupi yang membuat ia tampak maskulin.
Gaya itu diperkuatkan lagi dengan tayar besar, selain tempat duduk dikustom untuk menjadi pelana tunggal.
Bahagian enjinnya, boleh dikatakan masih lagi standard kerana ia menggunakan rangkaian kuasa 110cc.
Kuasa daripada enjin itu disalurkan ke kotak gear empat kelajuan yang difahamkan menyalurkan 8hp dengan tork mencecah 8.5Nm.
Menariknya, kuasa hentian diperkuatkan dengan brek cakera berkembar di belakang dan hadapan, selain penutup rim diperbuat daripada material gentian karbon.
Sila like page Facebook kami motoqar.my untuk mengetahui info automotif tempatan dan global.