Honda Malaysia mengumumkan mereka kekal sebagai pengeluar bukan nasional nombor satu di Malaysia untuk enam tahun berturut-turut.
Hal ini berikutan pencapapian mereka yang berjaya mencapai jumlah jualan sebanyak 60,469 unit pada tahun 2020. Pencapaian ini kebanyakannya disumbangkan oleh model City yang mencatatkan sebanyak 34 peratus dari jumlah jualan.
Model kedua yang paling laris ialah Civic, dan diikuti oleh HR-V yang masing-masing mencatatkan sebanyak 20 peratus dan 17 peratus dari jumlah jualan.
City 2020, model baharu Honda mencatatkan jualan bulanan tertinggi dalam sejarah mereka dengan lebih daripada 5,500 unit berjaya dijual pada Disember 2020.
Dilancarkan secara rasmi pada Oktober 2020, City serba baharu mendapat sambutan positif dari pasaran dengan lebih dari 15,200 tempahan setakat ini, menjadikannya salah satu daripada angka tempahan tertinggi untuk model yang baharu dilancarkan di Honda Malaysia pada separuh kedua tahun 2020.
Di antara tiga varian City 2020, varian V muncul sebagai varian paling popular, yang mencatat 52 peratus daripada jumlah jualan.
Permintaan tertinggi datang dari wilayah tengah Semenanjung Malaysia, yang menyumbang sebanyak 48 peratus dari jumlah penjualan yang diterima, diikuti oleh wilayah Selatan pada 19 peratus dan wilayah Utara pada pada 18 peratus.
Berdasarkan penjualan yang dicapai, warna Platinum White Pearl nampaknya menjadi kegemaran pelanggan, mewakili 26 peratus dari keseluruhan jualan untuk City 2020.
Untuk maklumat lanjut mengenai City 2020, sila klik di sini.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar