Mana lebih baik, air atau coolant untuk diisi dalam radiator

21946

Apabila mengisi cecair pada radiator kereta, biasanya menggunakan cecair atau coolant dan ada juga meletak air biasa.

Secara fungsinya, kedua-duanya adalah sama bertujuan untuk menyejukkan suhu dalam enjin.

Pada masa sama, air atau coolant melalui saluran peredaran ke dalam sistem menggunakan pam dan mengalir ke silinder blok enjin dan kembali ke termostat. 



Jadi mana satu lebih baik sama ada menggunakan air atau coolant. Bagaimanapun, kedua-dua masing-masing mempunyai perbezaan.

Air biasa sebenarnya tidak mempunyai ciri maksimum untuk menyejuk enjin seperti penggunaan coolant.

Ini kerana coolant adalah cecair khas yang direka dengan pelbagai bahan tambahan untuk mengoptimumkan suhu.

Malah, penggunaan coolant juga mampu menahan kakisan di saluran radiator yang mana mampu menghalang air berkarat.

Penggunaan coolant juga mampu mengurangkan terjadinya endapan yang boleh proses menyejuk akan terjejas.

Cuma penggunaan coolant tidaklah semurah air, tetapi ia banyak memberi manfaat jangka masa panjang.

Sila like page Facebook kami motoqar.my untuk mengetahui info automotif tempatan dan global.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here