Tidak dinafikan bahawa keadaan banjir yang berlaku di beberapa buah negeri telah menyebabkan kegusaran kepada rakyat Malaysia.
Manakan tidak, dengan keadaan banjir yang dikatakan semakin hari semakin berada di paras bahaya membuatkan kita yang berjauhan daripada keluarga risau akan keselamatan mereka.
Pihak berkuasa juga telah mengeluarkan beberapa arahan dan pesanan demi memastikan penduduk di kawasan terjejas selamat dan berada dalam keadaan sejahtera.
Namun, masih terdapat segelintir yang tidak mempedulikan keselamatan diri sendiri malah melakukan perbuatan yang boleh mengundang berbahaya.
Perkara ini termasuklah dengan sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di Twitter iaitu milik @hanzgadget dimana terdapat seorang pemandu Perodua Myvi yang tidak mempedulikan keadaan banjir yang hampir menenggelamkan keretanya.
Kejadian itu dipercayai berlaku di sekitar Pekan Kota Tinggi, Johor.
Sinonim di negara kita, Myvi yang dikenali sebagai ‘king’ jalanan ini sering dipandu dengan pelbagai aksi di luar jangkaan.
Terbang pun berani, setakat redah banjir apalah sangat. pic.twitter.com/5tUJrr8ViQ
— ꫝꪖꪀƺ (@hanzgadget) January 7, 2021
Apa yang dilakukan oleh pemandu Myvi tersebut ialah dia masih meneruskan perjalanan meredah air banjir yang telah mencecah paras lampu bahagian hadapan.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut mendapat 98.4k tontonan, 4.3k likes, dan pelbagai komen dari warganet yang rata-rata terhibur dengan aksi berani pemandu berkenaan.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar