Banjir: Tindakan pantas RAJD 91 berjaya baiki jambatan runtuh dalam masa 42 Jam

1419

Sejak beberapa hari lalu heboh dikhabarkan mengenai keadaan banjir dibeberapa negeri seperti Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.

gambar hiasan

Biarpun ada sesetengah kawasan banjir sudah surut, namun keadaan terkini yang dikongsikan di sosial media memang amat menyedihkan.

Bukan sahaja rumah yang rosak, malah jalan raya, kenderaan dan pelbagai lagi yang musnah disebabkan banjir ini. Selain itu baru-baru ini satu video yang memaparkan keadaan jambatan runtuh disebabkan banjir ini telah mencuri perhatian warganet.



Menurusi akaun Tiktok EminMohaimin, tindakan pantas Rejimen Askar Jurutera Diraja 91 (RAJD 91) berjaya menyambungkan semula jambatan tersebut dalam masa lebih kurang 42 jam.

Jambatan tersebut difahamkan merupakan jambata Bailey yang terletak di Ulu Dong, Raub, Pahang dan dikatakan siap sepenuhnya pada 7 petang pada 8 Januari lalu.

@eminmohaimin

Terbaikkk RAJD 91 ##banjir2021 ##prayforpahang ##rajd91 ##atm ##foryoupage ##raub

♬ hometown slowed down twenty one pilots – les

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 136.2k tontonan, 17k likes dan pelbagai komen dari warganet yang memuji dan berterima kasih atas tindakan pantas RAJD 91.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here