Utama Berita Automotif Berita Tempatan PKP 2.0: Perkhidmatan rel, bas kendalian Prasarana beroperasi seperti biasa

PKP 2.0: Perkhidmatan rel, bas kendalian Prasarana beroperasi seperti biasa

1642
Berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang berkuatkuasa pada hari ini, semua perkhidmatan rel transit dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan beroperasi seperti biasa dari pukul 6 pagi hingga tengah malam.
rel bas prasarana
Menurut Prasarana, ini termasuk perkhidmatan rel dan bas Rapid KL di Kuala Lumpur dan Selangor, Rapid Penang di Pulau Pinang, Rapid Kamunting di Taiping, Perak dan Rapid Kuantan di Pahang.
 
Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel pula beroperasi seperti jadual sedia ada dengan masa menunggu antara 2.8 hingga tujuh minit bergantung kepada pada waktu puncaknya.
“Penumpang diingatkan agar sentiasa patuh pada arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mengamalkan kelaziman baharu ketika menggunakan pengangkutan awam,” kata Prasarana.
 
“Orang ramai disaran mendapatkan maklumat terkini daripada media sosial kendalian Prasarana,” tambahnya.
 
Para pengguna Rapid KL digalakkan menggunakan aplikasi kesihatan Pulse untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai perkhidmatan rel dan bas. Aplikasi ini boleh dimuat-turun di Google Play dan Apple Store.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here