PKP 2.0: Polis terima bantuan dari 1,200 anggota JPJ bermula hari ini

1632

Bermula hari ini hingga 26 Januari, Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima bantuan dari 1,200 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

jpj polis

Menurut JPJ, kolaborasi mapan antara kedua-dua agensi penguat kuasa itu penting dalam merealisasikan aspek penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) dengan lebih serius.



“Gerak kerja seumpama ini akan memberi keutamaan khusus kepada beberapa kawasan dan lokaliti tertentu di seluruh negara yang menjadi tumpuan utama pengguna jalan raya,” kata JPJ.

“Ia akan dilaksanakan melalui tiga strategi utama iaitu rondaan jalan utama negeri dan lebuh raya, sekatan jalan raya yang mengkhususkan kenderaan awam, dan pemeriksaan serta pemantauan di terminal bas utama (TBS),” tambahnya.

Lanjut JPJ, langkah bersepadu itu wajar dilakukan bagi tujuan mengekang penularan wabak Covid-19 yang dilihat semakin meningkat akibat ketidakpatuhan SOP oleh masyarakat tempatan.

Justeru, JPJ berharap seluruh rakyat Malaysia akan turut memberi kerjasama sepenuhnya dalam tempoh penguatkuasaan PKP, PKPB dan PKPP agar penularan ini ditangani secara berkesan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here