Steyr Konzept, traktor hibrid yang dilengkapi 5 motor elektrik dan dron!

1782

Steyr Konzept ialah sebuah traktor yang pertama kali diperkenalkan pada penghujung tahun 2019 dan pernah menerima Good Design Award 2020.

Steyr Konzept

Apa yang menarik mengenai traktor ini ialah ianya digabungkan dengan sistem pemacu elektrik hibrid modular yang terdiri daripada enjin diesel, generator, dan lima motor elektrik yang boleh dikawal secara berasingan.



Empat dari motor elektrik yang digunakan berada di hub tayar, dan mendapat bekalan dari pek bateri yang diposisikan di bahagian tengah.

Steyr Konzept

“Sistem ini menghasilkan pemacu elektrik berterusan yang sangat efisien, dimana bilangan komponen yang bahagian bergerak adalah sedikit. Sistem ini juga tidak menggunakan transmisi mekanikal dan komponen hidraulik. Jadi ia akan memberikan aliran tenaga yang optimum dan mengurangkan kehilangan kuasa,” kata Steyr.

Selain dapat dicas semula dengan mudah melalui soket standard, traktor ini juga dapat mengembalikan dan menyimpan tenaga ketika sedang bergerak menuruni bukit, hasil daripada sistem hibrid yang digunakan.

Steyr Konzept

Penggunaan motor elektrik pada setiap tayar juga dapat menghantar tenaga di tempat yang diperlukan, sesuai jika traktor digunakan pada jalan yang licin dan padang rumput. Steyr juga menyediakan mod elektrik penuh pada traktor ini.

Traktor konsep ini dinobatkan sebagai penerima Good Design Award kerana idea kreatif yang disertakan padanya. Anugerah ini juga mengiktiraf teknologi yang ada pada Konzept, yang merangkumi powertrain hibridnya yang inovatif dan mempunyai saiz yang cukup kompak.

Teknologi menarik yang turut disertakan pada Steyr Konzept ini termasuklah unit dron yang dilengkapi dengan penderia tanaman dan mampu menghantar data kembali ke dalam kabin dalam masa nyata, paparan head-up serta skrin paparan yang terbina pada skrin sebelah kanan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here