Toyota didenda RM728 juta kerana gagal serah laporan pelepasan gas

1215

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat meminta Toyota membayar denda sebanyak USD180 juta (RM728.4 juta) kerana kegagalan pengeluar tersebut menyerahkan laporan pematuhan pelepasan gas tepat pada waktunya.

pelepasan  toyota

Menurut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, maklumat seperti kenderaan yang dipanggil semula dan menjalani pemulihan dan pembaikan secara percuma sebelum tahun 2015 tidak dilaporkan dengan tepat kepada Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA).



Di bawah Akta Udara Bersih Amerika Syarikat, Toyota wajib melaporkan kerosakan kenderaan dan memberi maklumat yang berkaitan dengan ekzos kepada EPA.

Tambah Jabatan Kehakiman, Toyota tidak memberikan laporan yang tepat selama 10 tahun, sebelum tahun 2015.

Sebagai tindak balas, Toyota Amerika Utara berkata pihaknya mengambil inisiatif untuk melaporkan kepada Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat setelah mendapati bahawa mereka tidak melaporkannya dengan tepat pada tahun 2015.

Pada masa yang sama, pengeluar tersebut menjelaskan bahawa kesan laporan yang tidak lengkap terhadap pelepasan ekzos sangat kecil.

Menurut CNBC, denda sebanyak USD180 juta (RM728.4 juta) tersebut adalah hukuman sivil terbesar kerana melanggar syarat laporan emisi EPA.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here