Ambil mudah terhadap mod Autopilot, pemandu ini pura-pura tidur dalam Tesla Model 3

1537

Teknologi Autopilot dari Tesla mungkin agak maju berbanding pengeluar yang lain, namun ia tidak memberikan pemanduan autonomi sepenuhnya.

Tesla model 3

Justeru itu, para pemandu yang menggunakan teknologi ini perlu sentiasa prihatin dan berwaspada ketika setiap kali menggunakannya.

Namun, ada segelinitir pemilik Tesla yang seakan mengambil mudah tentang perkara ini, dengan menyalahgunakan sistem yang disediakan dan memuat naiknya di media sosial.



Berdasarkan satu video di laman TikTok yang dimuat naik pada November lalu, kelihatan seorang remaja berpura-pura tidur di tempat pemandu dan di tempat duduk penumpang bahagian belakang, di dalam sebuah Tesla Model 3 yang berada dalam mod Autopilot.

tesla autopilot

Remaja yang dikenali sebagai Johnathon Cox tersebut kemudian memuat naik video berkenaan di laman YouTube. Jika diperhatikan dengan teliti, Cox meletakkan satu pemberat pada bahagian stereng, bagi memastikan sistem Autopilot tidak akan terganggu.

Ibu Cox pula dilihat hanya duduk di kerusi penumpang dengan memegang sebuah kamera dan merakam tingkah laku anaknya tersebut.

Tesla sudah beberapa kali mengingatkan pengguna mereka yang menggunakan sistem Autopilot supaya sentiasa berwaspada dan fokus ketika berada di jalan raya.

Berdasarkan video tersebut, Cox bukan sahaja tidak mengikuti saranan dan panduan dari Tesla, malah melakukan banyak kesalahan dan melanggar undang-undang ketika memandu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here