Maaf, Sony Vision-S tidak akan boleh dibeli oleh orang ramai

1409

Sony mengejutkan dunia dan industri apabila mereka menayangkan prototaip kereta Vision-S Concept di CES2020.

Tetapi setahun kemudian, syarikat teknologi audio itu menayangkan lagi sekali prototaip itu dengan ujian di jalanraya awam di Eropah.  Ini menguatkan lagi minat orang ramai terhadap kereta pertama jenama itu.



Memang benar mereka sentiasa membangunkan dan menambah-baik prototaip itu, namun dalam perkembangan terbaharu, kereta itu tidak akan menjadi realiti. Sekurang-kurangnya, tidak sebagai kenderaan dengan jenama Sony.

Jurucakap Sony berkata, mereka “tidak mempunyai perancangan mengeluarkan kereta itu secara besar-besaran.” Melepaslah impian kita nak beli kereta Sony!

Jadi, itulah dia, tidak kira betapa cantik atau betapa minatnya orang ramai, Vision-S Concept hanya akan menjadi tempat ujian untuk teknologi-teknologi automotif akan datang.

Ia akan memfokus kepada aspek keselamatan dan ketahanan pemanduan autonomi, selain meningkatkan sistem hiburan dalam kenderaan serta pengalaman keseluruhan.

Sony Vision-S kini mempunyai sistem autonomi Level 2+, dengan kawalan luncur adaptif, sistem parkir berkendiri, dan penukaran lorong automatik. Syarikat gergasi itu sudah tentu tak akan berhenti di situ, mereka mensasarkan Level 4.

Dari segi teknologi, Vision-S Concept menggunakan stereo sofistikated dengan 360 Reality Audio syarikat itu sendiri yang mampu memberikan sfera bunyi untuk setiap penumpang. Teknologi lain adalah 5G dan kebolehan bermain permainan video dalam kereta.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here