Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd memperkenalkan warna dan corak grafik baharu untuk Yamaha YZF-R25 bagi pengeluaran tahun 2021.
YZF-R25 yang menjadi motosikal segmen jalanan yang tertinggi jualannya ditawarkan dengan pilihan warna baharu iaitu Metallic Cyan, yang menggantikan warna Matte Silver untuk model 2020.
Harga jualan yang disyorkan tetap tidak berubah, iaitu pada RM19,998.00 (tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran).
Spesifikasi enjin juga tidak berubah, dimana motosikal ini masih menggunakan enjin dua silinder selari bersesaran 249cc DOHC dengan kotak gear enam kelajuan yang mampu menghasilkan 35.5hp pada 12,000rpm dan 22.6Nm tork pada 10,000 rpm.
Suspensi hadapan menggunakan fork teleskopik, manakala belakang jenis monocross. Ia juga dipadankan tangki bahan api 14,3 liter, panel instrumen LCD digital penuh dan lampu penukar gear.
Selain itu, setiap unit juga akan dibekalkan dengan dengan kunci brek cakera Yamaha yang bernilai RM100.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar