Ferrari F430 hangus terbakar, pemandu berjaya selamatkan diri

1869

Sebuah Ferrari F430 hangus terbakar di susur keluar Permatang Pauh dekat Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Seberang Jaya, Butterworth, Pulau Pinang petang semalam.

Ferrari F430

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan apabila pemandunya sempat menyelamatkan diri.



Menurut pegawai di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Supritendan Nafis Ariff Abdullah, mereka menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 2:10 petang.

Ferrari F430

“Ketika pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian, pasukan mendapati bahawa Ferrari F430 tersebut sudah 80 peratus musnah. Tidak ada mangsa yang terlibat,” kata Nafis Ariff.

Tambahnya, api telah dipadamkan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Sukarela (PBS) Sungai Puyu sebelum jentera bomba tiba di lokasi.

“Anggota bomba melakukan tindakan susulan di lokasi, dan operasi berakhir sekitar pukul 3 petang,” tambahnya.

Menurutnya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here