Porsche Macan sentuhan Carlex Design dan tiada semewah jentera ini

2368

Umum mengetahui bahawa kereta model Porsche Macan sebelumnya masih belum boleh dianggap kereta yang kelihatan mewah dan eksklusif.

Kini, boleh mendapatkan kereta ini dengan rekaan baharu yang tampak lebih mewah, elegan dan eksklusif daripada Carlex Design.

Menerima sentuhan Carlex Design, Porsche Macan diberi nafas baru dengan kemasan berona rose gold dan kulit Porcelain Nappa. Ia menampakkan ciri-ciri yang lebih mewah dan menawan berbanding rekaan asalnya.



Rekaan ini mampu memberikan kepuasan maksimum kepada pemiliknya, malah dilihat lebih eksklusif kerana tidak terdapat pada model SUV lainnya.

Namun, semuanya mengikut kemampuan individu itu tersendiri. Sekiranya anda jenis yang sukakan yang tampak mewah dan menggagumkan serta mampu untuk memilikinya, pasti anda akan merasa puas dengan perubahan yang dilakukan ini.

Malah, rekaan ini dapat dipadankan dengan koleksi hiasan peribadi yang memberikan impak yang lebih ekslusif dan bergaya.

Selain rekaan dengan sentuhan mewah seperti ini, Carlex membuktikan bahawa mereka mampu memberi sentuhan ekslusif dan sporty seperti yang dilakukan pada model Kuzaj Sport One.

Pun begitu, penggunaan warna rose gold pada hiasan dalamannya, mungkin boleh dikurangkan dan diperhalusi. Terpulang pada penerimaan individu.

Sila like page kami motoqar.my untuk mengetahui info automotif tempatan dan global.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here