Pencuri pecah masuk Tesla Model 3, mujur ada mod Sentry rakam

1625

Kes pecah masuk kereta bukanlah suatu perkara yang baharu, dan baru-baru ini ia melibatkan sebuah Tesla.

pecah masuk tesla

Kejadian ini difahamkan berlaku di Houston, Texas, dimana seseorang difahamkan telah memecah masuk sebuah Tesla Model 3. Namun, nasib malang bagi pencuri itu apabila semua tindakan dan identitinya berjaya dirakam menerusi mod Sentry yang terdapat pada EV tersebut.



Ketika kejadian, pemilik Model 3 berkenaan difahamkan berhenti di Razzoo’s Cajun Cafe untuk membeli makanan. Selepas keluar dari restoran tersebut, dia mendapati EV miliknya telah dipecah masuk dan beberapa barang peribadinya hilang.

Pemilik Model 3 berkenaan bernasib baik kerana kamera pada EV tersebut berjaya merakam keseluruhan kejadian tersebut, termasuk identiti dan nombor plat Lincoln MKZ yang dipandu pencuri tersebut.

Menerusi video, kelihatan pencuri tersebut menebuk lubang, memecahkan tingkap dan mencapai beberapa barang yang terdapat dalam Model 3 tersebut. Setelah selesai melakukan ‘kerjanya’, pencuri tersebut segera beredar sambil diperhatikan oleh beberapa saksi kejadian yang seakan terkejut melihat serpihan cermin yang bertaburan di atas jalan.

Malangnya, Lincoln MKZ yang digunakan pencuri untuk melarikan diri difahamkan menggunakan nombor plat palsu. Walau bagaimanpun, dengan identiti yang berjaya dirakam, pencuri tersebut diharap dapat ditahan dan diambil tindakan yang sepatutnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here