Seorang penghantar makanan FoodPanda di Thailand terpaksa mengayuh sampan bagi menghantar makanan kepada sekumpulan lelaki yang sedang memancing di tengah Sungai Bang Pakong di Thailand, lapor Thai Tiger.
Dengan memakai t-shirt berwarna merah jambu FoodPanda dan memakai topi keledar, gambarnya yang gigih mengayuh sampan bagi memastikan pesanan sampai di tangan pelanggan tular di media sosial.
Menurut penghantar makanan tersebut, dia pada mulanya tidak mengetahui bahawa pesanan yang diterimanya itu perlu dihantar kepada pelanggan yang berada di tengah sungai.
Ketika tiba dikawasan sungai berkenaan, dia sempat tercari-cari pelanggannya, namun apabila mengetahui pelanggannya itu adalah individu yang dikenalinya dan sedang memancing, dia mengambil keputusan untuk menggunakan sampan bagi menghantar sendiri makanan itu.
Dia bagaimanapun, tidak menerima bayaran tambahan atas kesungguhannya itu.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar