60 peratus jalan raya di Selangor telah ‘tamat tempoh’

993

Keadaan jalan raya yang kurang baik bukanlah sesuatu yang asing buat kita rakyat Malaysia. Namun, dikatakan lebih kurang 60 peratus jalan raya di Selangor sahaja telah rosak, atau ‘tamat tempoh’.

Menurut The Star, puncanya adalah dua faktor utama – jalan raya yang lama dan lori terlebih muatan.

Izham Hashim. Imej: Sinar Harian

Izham Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani kerajaan negeri Selangor berkata, banyak jalan-jalan di Selangor yang berusia antara 30 hingga 40 tahun.



“Jalan raya biasanya mencapai tempoh kematangan dalam 15 hingga 20 tahun, bergantung kepada penggunaan.

“Selepas tempoh ini, kerja-kerja naik-taraf mesti dilakukan, terutamanya di bahagian subgrade dan lapisan-lapisan sub-base,” kata Izham yang turut menambah kerja menampal jalan tidak akan memperbaiki keadaan rosak itu.

Lori-lori melebihi muatan di jalan raya yang semakin terhakis juga memburukkan keadaan.

Izham berkata: “Disebabkan banyak agensi terlibat, isu-isu seperti kekangan kewangan dan komunikasi melambatkan penyelenggaraan jalan.

“Majlis perbandaran setempat dan JKR Selangor telah memperuntukkan bajet tahunan untuk membaiki jalan-jalan di bawah dana MARRIS, tetapi tiada sistem ini untuk jalan-jalan persekutuan.”

Pada 2019, Izham pernah mencadangkan untuk menggabungkan pemilikan dan penyelenggaraan jalan-jalan di Selangor kepada dua agensi sahaja – majlis perbandaran dan JKR negeri. Walaubagaimanapun, proses itu lambat dan perbincangan masih berjalan, katanya.

Selain itu, negeri juga sedang membuat percubaan untuk menggunakan dron AI (artificial intelligence) untuk memantau jalan-jalan yang retak dan berlubang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here