Pasangan kekasih ini hasilkan replika Ferrari LaFerrari guna salji!

1575

Beberapa kawasan di hemisfera utara dilanda salji tebal baru-baru ini dan pasangan kekasih ini melakukan sesuatu yang unik bagi mengisi masa lapang ketika menikmati musim sejuk mereka.

Ferrari LaFerrari

Mereka yang berasal dari Lithuania telah menghasilkan sebuah replika Ferrari LaFerrari di hadapan rumah dengan menggunakan salji.



Kereta salji ini dihasilkan sama seperti supercar Itali yang berharga jutaan ringgit tersebut, dimana ia menampilkan logo, selain warna merah dan hitam pada bahagian luaran dengan menggunakan cat mesra alam.

Secara keseluruhan, mereka mengambil masa selama dua hari untuk menghasilkan replika supercar tersebut.

Untuk makluman, Ferrari LaFerrari dihasilkan diantara tahun 2013 hingga tahun 2018, dimana pengeluarannya terhad kepada 710 unit iaitu 500 unit untuk versi coupe dan 210 unit untuk versi roadster.

Supercar ini dikuasakan oleh enjin V12 6.3-liter naturally aspirated yang digabungkan dengan transmisi automatik 7-kelajuan dwi klac serta motor elektrik. Dengan spesifikasi tersebut, ia mampu menghasilkan output sehingga 950hp dan 900Nm tork.

Pecutan dari 0-100km/j hanya mengambil masa selama 2.9 saat, dan kelajuan maksimum pula mampu mencecah sehingga 350km/j.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here