Pemain muda pasuka Barcelona, Francisco Trincao menjadi penentu kemenangan pasukan tersebut ke atas Real Betis dalam perlawanan yang berlangsung pada Isnin, 8 Februari lalu.
Trincao menjadi penyelamat Barcelona setelah menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-87, menjadikan mereka berjaya mengutip tiga mata penuh. Selain itu, ia merupakan gol pertamanya sejak menyertai Barcelona.
Jadi, pemain yang baru berusia 21 tahun ini meraikan gol tersebut dengan menghadiahkan dirinya sebuah Lamborghini Huracan EVO.
Perkara ini dinyatakan menerusi posting akaun Instagram @jmautomocion pada Isnin 8 Februari lalu. Dalam posting tersebut, gambar Trincao dilihat bersama supercar tersebut.
“Penghantaran Lamborghini Huracan EVO yang sangat istimewa kepada pemain FCB @trincao. Nikmati dan terima kasih banyak atas kepercayaan anda!” tulis kapsyen gambar tersebut.
View this post on Instagram
Untuk makluman, Trincao perlu membelanjakan sekitar €250,000 (RM1.2 juta) untuk membeli supercar tersebut.
Huracan Evo dikuasakan oleh enjin V10 5.2-liter naturally-aspirated yang mampu menghasilkan sehingga 602hp dan 560Nm tork untuk model pacuan roda belakang (RWD), dan 631hp dan 600Nm tork untuk model pacuan semua roda (AWD).
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar