Selepas beberapa intipan sebelum ini, Proton Iriz dan Saga R3 Limited Edition dilancarkan hari ini. Ia dibuat dalam satu sesi maya di laman Facebook Proton Cars.
Kedua-dua model ini menerima penggayaan unik R3 seperti warna hitam dan kemasan kuning di luar dan dalam, dan terhad kepada 500 unit untuk Iriz, manakala 2,000 unit untuk Saga.
Bukan itu sahaja, terdapat juga pelekat dekal dan penanda kemenangan pasukan Proton R3 di litar lumba.
Berikut adalah ciri dan perincian untuk kedua-dua model:
Proton Iriz R3 Limited Edition
- RM52,900
- 500 unit
- Warna hitam Quartz Black (pertama kali untuk Iriz)
- Kit badan R3 dengan highlight kuning
- Kemasan kuning pada gril, lampu depan, cermin sisi dan spoiler
- Rim 16-inci kelabu gelap
- Tayar 185/55 Goodyear Excellence
- Pelekat R3 pada cermin depan dan belakang
- Pelekat stripe pada sisi badan dan nombor 83 pada tingkap sisi
- Kemasan kuning pada corong pendingin hawa, panel instrumen, dan tombol gear
- Tempat duduk kulit hitam dengan jahitan kuning dan tulisan R3 Limited Edition
- Jahitan kuning pada roda stereng, dan karpet dengan tulisan R3 Limited Edition
Tiada perubahan pada enjin dan transmisi, bermakna Iriz ini mengekalkan penggunaan 1.6-liter VVT (109hp/150Nm) dan CVT.
Proton Saga R3 Limited Edition
- RM42,300
- 2,000 unit
- Warna badan hitam
- Kit badan
- Kemasan kuning pada lip depan, gril, cermin sisi, skirt tepi, dan bampar belakang
- Rim 15-inci kelabu
- Tayar 185/55
- Pelakat pada sisi badan, dan pada cermin depan serta belakang
- Kemasan kuning pada panel instrumen, corong pendingin hawa dan konsol tengah
- Jahitan kuning pada roda stereng
- Tempat duduk kulit hitam dengan jahitan kuning dan tulisan R3 Limited Edition
- Jahitan kuning pada roda stereng, dan karpet dengan tulisan R3 Limited Edition
Sama seperti Iriz, tiada perubahan pada enjin dan transmisi. Saga R3 Limited Edition mengekalkan unit 1.3-liter (94hp/120Nm) dan transmisi automatik 4-kelajuan.
Untuk makluman, harga yang disebutkan di atas hanya sah sehingga 30 Jun 2021, di mana selepas tarikh tersebut, harga jualan sedikit meningkat kepada:
- Proton Iriz R3 Limited Edition – RM53,700
- Proton Saga R3 Limited Edition – RM42,800
*Semua gambar Proton Iriz R3 Limited Edition adalah dari Pandulaju.com yang dikongsi kepada kami.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar