Rider kudung cari rezeki hantar makanan Food Panda

4202

Biarpun kudung kedua-dua tangan, ia bukan penghalang buat seorang lelaki untuk mencari rezeki halal bagi menampung kehidupannya.

Seperti kisah mengenai Syed Syahrain Syed Fadzil, dia kini bekerja sebagai penghantar makanan dengan menunggang motosikal biarpun kudung kedua-dua tangannya.



Menurutnya, sepanjang bekerja, dia tidak pernah menerima pandang negatif daripada pelanggan, cuma mereka tertanya-tanya macam mana saya bawa motosikal.

Katanya, dia kehilangan kedua-dua tangannya pada 2003 apabila ia hancur selepas terkena letupan dalam satu kejadian di Sungai Buloh.

“Masa tu umur saya sembilan tahun, saya terkena bom berhampiran Penjara Sungai Buloh. Saya berada dekat satu kawasan pondok tepi jalan.

“Saya tak tahu itu bom. Saya main dan ia meletup. Tangan saya tak putus tapi ia macam hancur. Saya terima dan reda dengan kejadian ini. Mungkin ada sebab takdir saya macam tu,” katanya.

Selepas kejadian itu, dia mengambil masa sekitar tiga tahun untuk menyesuaikan dirinya semula selepas kehilangan anggota badannya itu.

Sebelum ini, Syed Syahrain bekerja sebagai penghantar alat ganti kenderaan selama enam tahun di Batu Caves sebelum bertukar menjadi penghantar makanan di bawah FoodPanda, sekitar sebulan lalu.

Sementara itu, dia bersyukur kerana diterima bekerja oleh majikannya dan ia sekali gus membuktikan golongan sepertinya juga mampu menjalankan tugas, seperti individu normal yang lain.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here