YDP Agong isytihar Kuantan sebagai bandaraya

2430

Yang diPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam menzahir rasa syukur atas pemasyhuran Kuantan sebagai sebuah bandaraya.

Sumber: khabarpahang.blogspot

Titah baginda, selepas hampir 40 tahun dinaiktaraf menjadi Majlis Perbandaran, Kuantan terus mengorak langkah dan mencipta satu lagi sejarah apabila dimasyhurkan sebagai sebuah bandaraya.

“Pemasyhuran Bandaraya Kuantan bukan sekadar pada nama. Dalam meniti hari-hari mendatang, kerajaan negeri Pahang dan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) hendaklah sentiasa menumpukan usaha dalam meningkatkan perkhidmatan dengan mengutamakan kesejahteraan rakyat.



“Marilah kita sama-sama berdoa pada hari yang penuh bersejarah ini semoga Bandaraya Kuantan menjadi sebuah bandaraya yang unggul dan sentiasa di bawah peelindungan ALLAH SWT,” titah baginda.

Seri Padukan Baginda bertitah demikian pada titah ucapan diraja selepas perkenan menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Bandaraya Kuantan dan Perasmian Kompleks Bandaraya Kuantan di sini pada Ahad.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Pemangku Raja Pahang dan Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hadir sama, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Dalam titah diraja itu, baginda turut mengistiharkan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menjadi Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) mulai Ahad, 21 Februari 2021.

Serentak itu, baginda perkenan melantik Yang Dipertua MPK, Datuk Hamdan Hussin sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan yang pertama.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here