Teringin memandu sebuah kereta sports tetapi tidak mahu fikirkan perkara seperti tempoh pinjaman panjang dan susut nilai?
Program langganan GoCar Subs kini mempunyai kategori terbaharu dalam perkhidmatan mereka, iaitu Sports dimana dua model prestasi ditawarkan, iaitu Subaru BRZ dan WRX.
Model Subaru BRZ dengan kuasa 200hp mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa 8.2 saat dan mempunyai kelajuan maksima 210km/j. WRX pula dengan 264hp mampu mencapai 100km/j dalam 6.3 saat, dan mempunyai kelajuan maksima 240km/j.
Tiga pelan langganan ditawarkan iaitu:
- Pakej setahun – RM3,299 sebulan
- Pakej dua tahun – RM2,999 sebulan
- Pakej tiga tahun – RM2,699 sebulan
Semua bayaran tersebut merangkumi cukai jalan, insurans, servis serta wear and tear.
Dengan penambahan tawaran Sports yang baharu, GoCar Subs kini mempunyai enam kategori untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup pelanggan yang pelbagai.
Setiap kategori menawarkan struktur ‘Satu Harga’ yang bersepadu bermula RM799/sebulan untuk kategori Econ sehingga RM2,299/sebulan bagi kategori Luxe dan RM2,699/sebulan untuk kategori Sports. Kadar yang disenaraikan itu adalah untuk pelan 12 hingga 36 bulan.
Pelanggan GoCar Subs bukan hanya mendapat manfaat daripada program langganan pelbagai jenama kenderaan yang paling mampu milik di pasaran. Malah, mereka tidak perlu bimbang dengan perbelanjaan tambahan, penyusutan nilai atau terpaksa berada dalam tempoh pinjaman yang lama.
Untuk mendaftar akaun GoCar Subs atau melihat senarai penuh kenderaan di dalam garaj, sila layari www.gocarsubs.com.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar