McLaren meraikan ulang tahun ke-30 pemandu F1, Aryton Senna yang meraih kejuaraan pertamanya dengan menggunakan penampilan yang sama pada MP4/4 pada P1 GTR.
Honda dengan rangkaian kuasa McLaren MP4/4 mendominasi dalam sejarah F1 sejak sedekat yang lalu dan sudah meraih hampir perlumbaan kecuali Grand Prix pada 1988.
Kedua-dua pelumba McLaren, Aryton Senna dan Alain Prost adalah pemandu terbaik dalam sejarah dan paling digeruni.
Senna berjaya meraih tempat tertinggi, namun kejayaannya itu menjadi punca keretakan hubungannya dengan Prost. Pada akhirnya, mereka bertemu sebagai pesaing antara satu sama lain.
Divisyen yang ditugaskan khas, McLaren Special Operation (MSO) membina jentera itu dengan penampilan MP4/4 pada P1 GTR sebagai satu daripada koleksi McLaren.
Projek membina jentera itu memakan masa tiga tahun ini yang turut dibantu peminat Senna. Terdapat sedikit perubahan daripada rekaan asal seperti, meletakkan pelekat Senna pada pintu dan bar kod sebagai ganti logo Malboro. Selama 800 jam diperlukan bagi menyiapkan penampilan itu.
Sekali lagi berlaku perubahan pada P1 GTR, dengan menggunakan nama Beco kerana nama gelaran Senna kurang memberi tarikan. Bahagian hujung sayap belakang diperbesarkan untuk menghasilkan bunyi gema MP4/4.
Beberapa komponen dipertingkatkan untuk menghasilkan downforce di bahagian hadapan. Jumlah keseluruhan downforce mencecah sehingga 800kg.
McLaren juga meningkatkan kuasa P1 GTR kepada empat angka berbanding standard 985hp. Sementara itu, helmet juga direka menyamai yang digunakan oleh Senna di litar.