Kita sudah biasa melihat Proton Wira bertukar menjadi Mitsubishi, Honda Civic standard menjelma sebagai Type R, Myvi jadi Paso dan Saga BLM jadi Subaru WRX STi.
Ada satu cerita berlainan di Amerika Syarikat. Nampaknya ada sebuah Jeep Wrangler bertukar jadi SRT 10. Jika tidak kerana lencana pada bahagian belakangnya, ramai orang akan menganggap ia sebuah Jeep standard dengan beberapa tambahan aksesori.
Buka hud dan anda akan melihat kekemasan kerja-kerja naik taraf dilakukan. Ada sebuah enjin petrol Viper V10 8.3 liter yang mampu memuntahkan kuasa 500hp dengan transmisi jenis automatik 48re.
Kemasukan enjin gergasi itu menyebabkan beberapa modifikasi perlu dilakukan di bahagian bawah jentera Wrangler tahun 2005 ini dengan memakai gandar dan jenis Dana 60 di belakang.
Ketinggian jentera dinaikkan sebanyak 8 inci sebelum dipasang rim Pro Comp yang dibalut tayar jenis Micky Thompson Baja TZ.
Jentera ini nampaknya sudah dipandu sejauh 36m210 kilometer dan harga diminta ialah AS$52,000 (RM207,900). Jualan dilakukan melalui eBay.
Sumber: eBay