MINI Countryman facelift kini di Malaysia – Cooper S dan SE hibrid, dari RM237k

2107

Selain beberapa model BMW, turut dilancarkan hari ini adalah sepasang MINI Countryman 2021, dengan dua varian iaitu Cooper S dan Cooper SE.

Harga adalah seperti berikut:



  • MINI Cooper S Countryman – RM237,066
  • MINI Cooper SE Countryman – RM250,655

Harga tersebut di atas sah sehingga 30 Jun 2021 ini dan harga asal untuk kedua-dua model masing-masing adalah RM244,266 dan RM257,855.

MINI Cooper S dan Cooper SE Countryman masing-masing kini mendapat pakej kemasan ALL4 Exterior Optic. Ini memberikan kelainan pada bampar depan dan belakang, lampu depan LED, jalur pada hud, rel bumbung, dan pemijak tepi.

Lampu belakang adalah unit LED bercorak Union Jack manakala rim adalah bersaiz 19-inci (Turnstile Spoke untuk Cooper S, MINI Yours British Spoke untuk Cooper SE).

Sebagai sebuah kenderaan lifestyle atau gaya hidup, kedua-dua varian mendapat Picnic Bench sebagai standard.

Di bahagian dalam, MINI Cooper S dan Cooper SE dilengkapi kemasan Shaded Silver, kokpit bercahaya dengan warna Hazy Grey dan panel pintu Dark Silver.

Bumbungnya berwarna Satellite Grey, roda stereng dengan balutan Walknappa Leather, dan dikemaskan dengan lencana Union Jack di bahagian bawah.

Klsuter instrumen terdiri dari skrin digital 5-inci, manakala unit infotainmen ialah skrin sesentuh 8.8-inci.

Sudah tentu perbezaan utama kedua-dua model ialah dari segi powertrain. Cooper S Countryman dikuasakan oleh enjin 2.0-liter B48 turbo 4-silinder, cukup dengan 192hp dan 280Nm tork.

Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi automatik dwi-klac 7-kelajuan, membolehkan ia memecut ke 100km/j dalam 7.5 saat dan mencapai kelajuan maksima 226km/j.

Sementara itu, MINI Cooper SE yang merupakan model PHEV hibrid dipacu oleh enjin 1.5-liter B38 3-silinder turbo yang menghasilkan 136hp dan 220Nm tork.

Enjin ini dibantu oleh motor elektrik dengan 88hp dan 165Nm tork, memberikan kuasa keseluruhan sebanyak 224hp dan 385Nm tork.

Kuasa disalurkan ke semua roda melalui sistem pacuan semua-roda All4 dan transmisi automatik 6-kelajuan. Dengan teknologi eDrive, MINI Cooper SE boleh dipandu dengan mod elektrik sejauh 48km.

Kedua-dua varian MINI Countryman ini ditawarkan dalam warna Chili Red, White Silver, Island Blue, Thunder Grey, British Racing Green dan buat pertama kalinya, dalam warna Sage Green.

Varian MINI Countryman terbaharu akan disediakan di semua pusat pengedaran MINI yang bertauliah di seluruh negara mulai 26 Februari 2021.

Sebagai alternatif, para pelanggan juga boleh membuat tempahan melalui MINI Online Shop di http://www.mini.my/MINIeShop.

Maklumat lanjut mengenai varian kenderaan MINI Countryman ini boleh didapati di www.mini.my.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here