YZR-M1 2020 motosikal teruk – Vinales

1518

“Bagi saya M1 versi 2016,itu motosikal terbaik untuk saya sepanjang karier sebagai pelumba motoGP, kesilapan besar Yamaha menggantikan motosikal tersebut,” marah Vinales.

Kalendar perlumbaan musim 2021 belum lagi bermula namun jelas kekecewaan melanda Maverick Vinales dengan motosikal yang bakal digunakan bagi perlumbaan MotoGP musim 2021.



Umum mengetahui tahun lalu Valentino Rossi mengkritik prestasi motosikal Yamaha yang kecundang dari pelbagai segi dan tidak diperbaiki dengan segera.

Begitu juga dengan nasib Fabio Quartararo kecewa menjadi juara dunia disebabkan masalah jentera.Empat pelumba Yamaha terpaksa berhempas pulas sepanjang musim 2020.

Apa yang berlaku mungkin satu keajaiban ataupun sekadar nasib. Hanya Franco Morbidelli dengan jentera M1 versi 2019 berjaya melonjakkan nama Yamaha.

Beliau yang muncul naib juara MotoGP 2020 dengan 158 mata, sementara Vinales mengakhiri musim 2020 dengan menduduki tempat keenam.

Berbeza pendapat, mengikut Fabio Quartararo, beliau lebih selesa menggunakan jentera M1 versi 2019. Namun Vinales menyatakan Yamaha M1-2019 masaalahnya lebih kurang sama dengan versi terkini.

Pandangan Vinales agak logik, ini terbukti apabila jentera M1-2019 ternyata gagal menyaingi jentera Honda yang ditunggani Marc Marquez.

Komen beliau, jika M1-2020 ingin bersaing dengan jentera Marquez, jentera yang ditungganinya harus mempunyai cengkaman yang lebih kuat.

Persiapan harus lebih rapi walaupun kondisi Marquez belum pasti akan menyertai atau tidak perlumbaan MotoGP musim ini, demikian luahan Vinales. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here