Isu ekzos tidak boleh salahkan pengguna sahaja – Presiden PPPM

2101

Bukan hanya pengguna tetapi tindakan penguatkuasaan perlu dikenakan terhadap peniaga dan pengeluar ekzos yang dimodifikasi bagi memastikan isu bunyi bising dapat diselesaikan.

ekzos
gambar hiasan

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) Che Hassan Che Johan, selain itu kerajaan juga perlu mempertimbangkan kebenaran mengeksport aksesori itu dari negara jiran supaya tidak memasuki pasaran negara ini.

Katanya, ekzos yang dimodifikasi ini sebenarnya bukan isu baru malah kebanjiran kedai ekzos yang menyediakan khidmat mengubahsuai dan pemasangan sudah wujud lebih 30 tahun lalu.



Menurutnya, adalah tidak adil untuk menyalahkan pengguna semata-mata terutamanya golongan muda yang mudah tertarik dengan spesifikasi kenderaan yang diubah suai termasuk menggunakan ekzos bising atau bingit.

“Perlu adil dalam meletakkan kesalahan. Bila saman, pengguna yang kena. Ada yang mungkin akan disita kenderaan mereka,” kata Che Hassan.

“Dari satu sudut, barangan atau aksesori ini dijual secara terbuka, mengapa tidak dilarang penjualannya jika kita tidak mahu penggunaannya secara meluas.

“Saya kira, baik kereta atau motosikal atau apa jenis kenderaan bermotor sekalipun, sudah pasti akan ada penggemar modifikasi. Takkan kita nak salahkan pembeli yang berminat dengan pengubahsuaian pula,” tambahnya.

Justeru beliau berharap pihak berwajib memperhalusi perkara ini dan kajian mengenai puncanya perlu dijalankan bagi memastikan ia adil kepada kedua-dua pihak, peniaga dan juga pengguna.

Mana-mana kenderaan yang didapati bersalah mengubahsuai ekzos sehingga mengganggu ketenteraman awam boleh dipenjara sehingga enam bulan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias dilaporkan berkata, mereka juga boleh dikenakan denda sehingga RM2,000, jika disabitkan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here