Nismo tayang video penuh proses restorasi Nissan Skyline GT-R R32

1433

Nismo yang merupakan bahagian penalaan dari Nissan, telah memulakan satu proses restorasi terhadap sebuah Skyline GT-R R32.

Nissan Skyline GT-R R32

Program ini pada mulanya diperkenalkan pada Disember 2020, namun video yang mendokumentasikan proses restorasi ini dikeluarkan di saluaran YouTube rasmi Nismo pada minggu ini.



Sepanjang proses restorasi, kerja keras dan terperinci sangat diperlukan. Pada mulanya mereka meleraikan segala komponen di mana casis dan kerangka asal akan dinilai untuk kekuatan struktur.

Sekiranya terdapat masalah dan ubahsuai yang telah dilakukan, badan kenderaan akan dibaik pulih semula dalam keadaan standard kilang.

Seterusnya, kerangka asal akan dicelup ke dalam larutan electrically-charged priming sebagai persediaan untuk proses cat. Pelanggan diberi pilihan untuk memilih warna kegemaran mereka, dan ramai yang memilih kereta mereka untuk dicat dengan warna asal kilang.

Nismo juga akan meleraikan dan membina semula enjin, iaitu RB26DETT 2.6-liter twin turbo. Setelah diselaraskan mengikut spesifikasi, enjin tersebut akan menjalani ujian dyno sebelum proses pemasangan.

Secara keseluruhan, proses restorasi ini menelan kos ¥45,000,000 (RM1.69 juta).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here