Lima saman trafik kepada pelajar ‘carut’ guru

1320

Polis Kelantan mengeluarkan lima saman trafik terhadap dua pelajar yang membonceng motosikal dan menconteng belakang baju sekolah dengan perkataan kesat terhadap guru.

gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, pihaknya sudah menjalankan siasatan dan menerima laporan berhubung tindakan pelajar berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Katanya, pihaknya sudah mengambil keterangan daripada kedua-dua pelajar terbabit dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan.



saman pelajar

Terdahulu, tular di media sosial menyaksikan dua individu menaiki dua motosikal dan memakai baju sekolah dengan tulisan menghina guru.

Mereka dipercayai calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru selesai menduduki peperiksaan. Seorang daripadanya tidak memakai topi keledar.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here