Getah pelapik berlipat bawah pedal brek jadi punca Proton Saga hilang kawalan

1706

Pelapik getah berlipat di bawah pedal brek menjadi punca sebuah Proton Saga hilang kawalan lalu merempuh sebuah Honda City dan tiga gerai makanan di Jalan Taman Mesra, dekat Kajang, Selasa lalu.

getah pelapik berlipat

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat, kemalangan pada jam 3 petang itu turut mengakibatkan seorang peniaga cedera ringan dan dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan susulan.



“Proton Saga dipandu lelaki berusia 58 tahun yang mahu keluar dari kawasan parkir tiba-tiba hilang kawalan kerana masalah brek lalu panik dan melanggar sisi kiri depan kereta Honda City yang diparkir serta tiga gerai,” kata Azman.

“Wanita berusia 39 tahun yang juga pemandu Honda City itu turut mengesahkan pelapik getah itu berlipat selepas membuat pemeriksaan dalam kereta Proton Saga berkenaan.

“Dua pemandu tidak cedera namun seorang peniaga melecur belakang badan akibat terkena minyak panas susulan kejadian itu,” tambahnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Sebelum ini, video yang tular di media sosial antara lain menunjukkan beberapa khemah gerai makanan rosak dan berselerak akibat insiden itu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here