Seorang pemandu Dodge Charger di Ontario, Kanada dikenakan tindakan undang-undang kerana memandu melebihi had laju. Dia kemudian memberi alasan yang tidak munasabah untuk tindakannya itu, dan tidak dapat diterima oleh pihak polis.
Menurut pihak polis menerusi akaun Twitter, Dodge Charger tersebut ditahan kerana memandu pada kelajuan 152km/j di kawasan had laju 80km/j.
Tidak ada alasan yang munasabah untuk membenarkan sesebuah kenderaan dipandu hampir dua kali ganda dari had laju yang ditetapkan, namun pemandu tersebut cuba mencari ‘jalan keluar’ dari kesalahan yang dilakukan.
Menurut pihak polis, pemandu Dodge Charger tersebut menyatakan alasan dia memandu melebihi had laju yang ditetapkan ialah kerana ingin mengenalpasti adakah rim keretanya bergegar. Walau bagaimanapun, mereka tidak menerima alasan tersebut.
Seseorang pemandu tidak akan memandu pada kelajuan yang tinggi jika sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan kenderaan mereka.
Sebaliknya, hal ini akan mendorong seseorang pemandu untuk memandu dengan kelajuan yang rendah dan bahkan berhenti untuk memeriksa kenderaan mereka.
Cst. Maye 🚔 caught this male traveling 152km/h in an 80km/h zone😲. Driver said he was checking to see if his rim was rattling. Cst.Maye said he would have the pound check it out. This is this drivers 2nd Stunt charge of the year..we are in March🤔 #TakeThePledgePeel #VisionZero pic.twitter.com/bQHHbcHDlG
— PRP Road Safety Services (@PRPRoadSafety) March 6, 2021
Memandu pada kelajuan yang tinggi bukanlah jalan penyelasaian untuk mengenal pasti kerosakan pada sesebuah kenderaan, dan pemandu Dodge Charger ini berkemungkinan besar mengemukakan alasan tersebut bagi mengelakkan dikenakan tindakan terhadap kesalahan yang dilakukannya.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar