Ubahsuai ekzos: Tindakan terhadap peniaga juga perlu diambil

1760

Sebanyak 10,166 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam Operasi Khas Ubahsuai Ekzos (bising) di seluruh negara dalam tempoh seminggu iaitu bermula 1 Mac hingga 6 Mac lalu.

Ubahsuai ekzos

Operasi itu bertujuan menguatkuasakan undang-undang jalan raya kepada pengguna kenderaan terutama pemilik dan penunggang motosikal yang melakukan ubahsuai ekzos sehingga mendatangkan bunyi bising yang turut digelar ‘ekzos perang’.



Sepanjang tempoh seminggu itu, sebanyak 26,239 kenderaan membabitkan 12,709 motosikal, 8,678 kereta dan 4,852 lain-lain kenderaan diperiksa dalam operasi itu sepanjang tempoh berkenaan di seluruh negara.

Ubahsuai ekzos

Daripada 10,166 saman dikeluarkan, 1,423 saman adalah bagi kesalahan ubahsuai ekzos membabitkan 1,060 motosikal.

Jumlah itu mungkin meningkat dalam tempoh dua minggu kerana hampir setiap hari operasi dijalankan.

Operasi terbabit berakhir pada 14 Mac iaitu semalam, tetapi mengikut sumber polis, berkemungkinan besar akan disambung sehingga hujung hujung Mac.

Sepanjang tempoh dua minggu ini, pemilik-pemilik kenderaan ekzos perang memang tidak senang duduk dibuatnya.

Ubahsuai ekzos

Bukan saja saman, malah motosikal yang tidak menepati undang-undang jalan raya turut disita. Malah ekzos perang tersebut turut dirampas pihak berkuasa.

Tindakan itu mendapat bantahan pelbagai pihak.

Alasannya, di musim pandemik Covid-19 yang masih belum reda dengan kadar pengangguran tinggi, tentunya ramai menghadapi kesusahan berganda disaman dalam operasi yang dijalankan.

Menurut Sinar Harian, kerajaan juga perlu mempertimbangkan kebenaran mengeksport aksesori itu dari negara jiran supaya tidak memasuki pasaran negara ini.

Ini kerana ekzos yang dimodifikasi ini sebenarnya bukan isu baharu, malah kebanjiran kedai ekzos yang menyediakan khidmat mengubahsuai dan pemasangan sudah wujud lebih 30 tahun lalu.

Adalah tidak adil untuk meletakkan kesalahan kepada pengguna semata-mata kerana sepatutnya tindakan sama turut dikenakan kepada peniaga dan pengeluar ekzos modifikasi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here