Yamaha Y16ZR dilancar! 155cc dengan 17.7hp, tiga warna, RM11k

4224

Hong Leong Yamaha Motor hari ini melancarkan Y16ZR. Motosikal yang ditunggu ramai itu juga dikatakan paling berkuasa dalam kelasnya.

Y16ZR dipacu oleh enjin 155cc yang mampu menghasilkan 17.7hp pada 9,500rpm dan 14.4Nm tork pada 8,000rpm.



Enjin 4-lejang sejukan cecair SOHC dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA) ini digabungkan dengan transmisi 6-kelajuan. Ia turut mendapat klac Assist & Slipper yang akan memudahkan tunggangan terutamanya semasa downshifting.

Tuil klac ini juga direka 10mm lebih pendek untuk feel lebih baik.

Di bahagian casis dan pengendalian, Yamaha Y16ZR baharu ini dibina dari rangka berbentuk-Y yang ringan dan lebih kukuh.

Cagak enjin 4.5mm juga kini lebih tebal untuk tunggangan lebih sporti dan stabil. Brek terdiri dari cakera 245mm dengan calliper 2-pot di depan.

Y16ZR diberikan tangki bahan api berkapasiti 5.4-liter dan dengan enjin yang cekap, ia mampu memberikan jarak tunggangan sehingga 256km untuk setiap isian.

Dari segi penampilan, ia mendapat lampu LED sepenuhnya, dengan lampu rendah diposisikan pada bar hendal. Lampu belakang juga LED, berbentuk R-DNA, iaitu model di kelas lebih atas dalam barisan Yamaha.

Selain sistem kunci pintar, paparan LCD baharu pula memberikan semua maklumat seperti kelajuan, rpm, kedudukan gear, odometer dan penunjuk VVA.

Ciri lain adalah suis cut-off dan immobilizer yang digabungkan pada panel suis utama. Untuk sambungan peranti pula, Y16ZR dilengkapi soket 12 volt dengan kapasiti 1.0A.

Yamaha Y16ZR ini dijual pada harga RM10,888 dan didatangkan dengan tiga pilihan warna – Phantom Grey, Arrow Blue dan Raging Yellow.

Setiap pembelian juga diberikan bekas kunci istimewa dengan rekaan Royal Selangor. Setiap satu boleh diukir dengan nama pemilik atau nombor pendaftaran motosikal.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here