Skoda Kushaq dengan enjin 1.0-liter turbo, gaya Eropah, untuk pasaran India sahaja

1546

Skoda mengembangkan pasaran globalnya dengan SUV atau crossover kecil baharu yang dibangunkan khas untuk pasaran India.

Pengeluar Republik Czech itu sebelum ini telah memperkenalkan Kamiq GT dan Kodiaq GT untuk China. Kushaq untuk India ini menggunakan pelantar MQB-A0-IN khas.



Dengan dimensi 4,221mm panjang, 1,760mm lebar dan 1,612 tinggi, Kushaq sedikit lebih rendah dan tirus berbanding Kamiq.

Sebagai perbandingan, Kushaq ini lebih panjang dan lebar dari Perodua Ativa, tetapi 23mm lebih rendah.

Model yang dilihat ini mengenakan warna Honey Orange. Ia juga boleh didapati dengan warna Carbon Steel, Reflex Silver, Tornado Red dan Candy White. Pilihan rim adalah 16- dan 17-inci, bergantung kepada varian.

Sama seperti rekaan luar yang mendapat gaya Eropah, kabinnya juga serupa. Boleh dilihat ia dilengkapi roda stereng two-spoke, sistem infotainmen ala tablet, dan kawalan pendingin hawa sesentuh.  

Dari segi kuasa, Skoda Kushaq dipacu oleh enjin 1.0-liter 3-silinder turbo menghasilkan 115hp dan 175Nm tork. Enjin ini boleh digandingkan dengan pilihan manual atau automatik, kedua-duanya 6-kelajuan.

Terdapat juga model lebih berkuasa, iaitu enjin 4-silinder 1.5-liter turbo dengan 150hp dan 250Nm tork. Transmisi manualnya juga 6-kelajuan, tetapi automatiknya menggunakan dwi-klac 7-kelajuan. Walaubagaimanapun, Kushaq hanya hadir dengan pacuan roda-depan.

Crossover ini akan mula dijual pada Jun, manakala penghantaran pada bulan berikutnya. Kushaq ialah model pertama yang dirancang oleh Skoda-Volkswagen untuk negara dengan jumlah penduduk kedua tertinggi itu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here