Honda kini memperkenalkan mesin pemotong rumput canggih diberi nama Grass Miimo. Mesin ini dapat bergerak sendiri untuk memotong rumput di halaman rumah atau kebun.
Jangkauan operasinya ialah 4,000 meter persegi, dan ianya bergerak seperti iRobot.
Untuk menggunakan mesin pemotong rumput ini, seseorang perlu menetapkan had kawasan pergerakannya menggunakan wayar elektrik. Jadi, semasa memotong rumput, Grass Mimo hanya akan bergerak dalam kawasan yang ditetapkan.
Sekiranya mesin ini mengesan had kawasan pergerakannya, ia akan mengubah arah dan memotong rumput secara rawak.
Apa yang menarik, sekiranya Grass Miimo kehabisan bateri, ia akan kembali ke tempat pengecasnya, dan hanya akan bergerak semula jika ianya sedia untuk digunakan lagi.
Mesin ini menggunakan sistem pengecas tanpa wayar seperti yang terdapat pada beberapa kereta elektrik.
Selain itu, Grass Miimo juga mampu berfungsi bila-bila masa mengikut kehendak pemiliknya.
Oleh itu, jika anda ingin menikmat pemandangan rumput yang telah dipotong pada waktu pagi, anda boleh membiarkan mesin pemotong rumput ini membuat ‘kerjanya’ pada waktu malam.
Memandangkan ianya menggunakan sistem elektrik, mesin pemotong rumput ini tidak akan menghasilkan bunyi yang bising.
Namun, mesin pemotong ini tidak akan memotong rumput yang mempunyai ketinggian melebihi 10cm, dan tidak dapat mendaki kawasan yang mempunyai 25 darjah kecondongan.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar