Trak polis bawa banduan terbakar selepas terlibat kemalangan dengan motosikal

2007

“Terkejut melihat trak polis berhenti di depan kedai, dengan api yang menyala di bahagian bawah.

“Saya terus berlari ke arah pemandu untuk memberitahu bahawa ada api, tanpa menyedari seorang lelaki terbaring kaku di jalan,” kata Zizah Yusoff, 51.

trak polis



Dia adalah saksi kemalangan maut membabitkan seorang lelaki apabila motosikal ditunggang mangsa bertembung trak polis yang membawa banduan di Kampung Demit, Kota Bharu, Kelantan jam 9 pagi tadi.

Menurutnya, sebaik mendengar jeritannya, anggota polis yang berada di dalam trak terus keluar dan mengarahkan banduan turun daripada kenderaaan itu bagi menyelamatkan diri memandangkan api semakin marak.

“Saya melihat sekujur tubuh lelaki terbaring kaku di tengah jalan dan baru menyedari kebakaran pada trak kerana motosikal mangsa yang bertembung dan terheret di bawah lori itu.

“Kejadian berlaku terlalu pantas, saya hanya mampu melihat anggota bertindak membawa keluar semua banduan, dengan api yang semakin marak,” katanya yang juga peniaga di kawasan berkenaan.

trak polis

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, mengesahkan mangsa yang berusia awal 20-an meninggal di lokasi kejadian, manakala semua 29 banduan dan anggota di dalam trak berkenaan selamat.

“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal dari arah Kubang Kerian ke Kampung Demit, melanggar belakang sebuah Proton Saga, sebelum masuk ke jalan bertentangan dan bertembung trak polis,” kata Shafien.

“Mangsa mengalami kecederaan parah digilis trak berkenaan selain Yamaha 135LC ditunggangnya juga terperosok bawah trak menyebabkan berlaku kebakaran.

“Trak ini dalam perjalanan membawa banduan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan ke penjara Kuala Krai,” tambahnya.

Shafien berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selain meminta saksi kejadian tampil untuk memberi keterangan berhubung kejadian untuk membantu siasatan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here