Lelaki ‘bersatu’ semula dengan Toyota RAV4 miliknya, setahun terpisah kerana Covid-19

1210

Seorang lelaki dari Vermont, Amerika Syarikat (AS) ‘bersatu’ semula dengan Toyota RAV4 miliknya, setelah terpisah dengan SUV tersebut selama hampir setahun akibat pandemik Covid-19.

Toyota RAV4
gambar hiasan

Kisah ini bermula apabila lelaki tersebut, Emmanuel Capitaine yang memiliki dua kerakyatan iaitu AS dan Perancis membawa anaknya melancong ke Perancis pada 11 Mac 2020.

Mereka dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Montreal-Trudeau di Kanada, jadi Capitaine perlu meletakkan RAV4 miliknya di lot parkir di situ.



Toyota RAV4 2015, model generasi yang sama.

Ketika tiba masa untuk kembali ke Montreal dua minggu kemudian, Capitaine dan anaknya dimaklumkan oleh pihak Air Canada bahawa mereka tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat.

Ini kerana ketika itu, kerajaan Kanada melarang perjalanan tidak mustahak (non-essential) merentas sempadan Amerika Syarikat.  

Situasi itu memaksa Capitaine dan anaknya pulang ke rumah di Vermont, Amerika Syarikat dengan menaiki pesawat ke Boston dan menyewa kereta di sana.

Namun, Capitaine masih tidak dapat mengambil keretanya dari Montreal, dan terpaksa berkongsi kereta isterinya semasa dalam tempoh lockdown.

Walau bagaimanapun, ada pekerja lapangan terbang dengan baik hati mengawasi RAV4 milik Capitaine dan menghantar gambar keretanya dari semasa ke semasa. Namun, pekerja berkenaan menyatakan dia tidak akan bertanggungjawab atas kos parkir yang lama kerana apa berlaku di luar kawalan.

Setelah kisah Capitaine ini tular di media sosial, seorang wanita dua kerakyatan iaitu AS dan Kanada, Marie Hamilton menawarkan bantuan.

Caranya, Capitaine perlu menghantar kunci dan dokumen untuk membenarkan Hamilton merentas sempadan. Pada masa sama, wanita itu juga dapat melawat neneknya yang tinggal di Vermont, negeri di mana Capitaine tinggal.

Tersadai dalam tempoh hampir setahun, Toyota RAV4 tersebut menelan kos sebanyak USD1,500 (RM6,205) untuk dibaik pulih sepenuhnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here