Paul Pogba bayar RM31k untuk dapatkan kembali Rolls-Royce Wraith Black Badge miliknya

1954

Paul Pogba akhirnya berjaya mendapatkan kembali kereta mewah Rolls-Royce Wraith Black Badge miliknya yang berharga £300,000 (RM1.7 juta), selepas ia diletakkan di parkir kenderaan polis selama berbulan-bulan.

paul pogba Rolls-Royce

Bintang Manchester United itu terpaksa membayar caj penyimpanan berjumlah £5,500 (RM31,400) selepas tidak menuntut kereta itu selama 270 hari.



Paul Pogba, 28, ditahan ketika memandu Rolls-Royce itu berhampiran Lapangan Terbang Manchester, Jun lalu kerana ia menggunakan nombor pendaftaran Perancis.

Pemenang Piala Dunia itu menyaksikan keretanya perlu ditunda dan dia perlu membayar £150 (RM859) untuk kos tunda.

Dia juga didenda £220 (RM1,260) selain perlu membayar kos sebanyak £85 (RM487) kepada Mahkamah Majistret Tameside.

Namun dia hanya menuntut keretanya awal bulan lalu dan dikesan memandu kereta terbabit untuk ke rumahnya di Hale, Cheshire dengan masih menggunakan nombor pendaftaran Perancis.

paul pogba Rolls-Royce

Sumber berkata, ‘sangat menakjubkan apabila memikirkan Paul mengambil masa yang lama untuk menuntut semula keretanya.’

“Itu adalah kereta edisi terhad yang sudah pasti diinginkan semua orang. Tetapi akhirnya ia berhabuk kerana Paul mengambil masa yang begitu lama untuk melengkapkan dokumen yang diperlukan,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here