Tiada kata-kata yang mampu diucapkan oleh pengurus NTS RW Racing GP lantaran kegagalan Hafizh Syahrin untuk menamatkan perlumbaan Moto2 di Qatar.
Masalah teknikal jentera dikatakan punca Hafizh gagal menamatkan perlumbaan sulung Moto2 bagi musim 2021 di Litar Losail, Qatar.
Permasalahan itu disahkan oleh pengurus pasukan, Jerno Janssen di laman Facebook rasmi pasukan tersebut.
Menurut Janssen masalah tersebut diluar jangkaan. Sudah semestinya perlumbaan yang besar memerlukan jentera yang berkuasa dan mampu bertahan sehingga tamat perlumbaan.
Bermula dari petak belakang merupakan sesuatu yang sukar bagi pelumba mengejar pelumba-pelumba yang berada di kelompok depan.
NTS RW Racing GP sedang mencari punca serta mengenal pasti masaalah yang dihadapi oleh jentera mereka. Persiapan untuk perlumbaan seterusnya harus dilakukan segera.
Perlumbaan di litar yang sama memerlukan komitmen yang tinggi dari krew serta pelumba bagi menguatkan lagi jentera menghadapi pasukan yang bersaing dalam kelas Moto2.
Pengurus pasukan tersebut semasa memohon maaf kepada Hafizh juga berkata, mereka akan kembali lebih bertenaga serta kuat pada aksi minggu depan dalam perlumbaan seterusnya.
Situasi jelas, kegagalan Hafizh Syahrin menamatkan perlumbaan bukannya berpunca dari prestasi beliau yang dikatakan semakin menurun.
Namun kegagalan jentera berfungsi seperti dirancang meruntuhkan segala impian anak Malaysia mengilap nama dalam perlumbaan pertama kelas Moto2 bagi musim 2021.