Shell lancar deli pertama di stesen LRT Abdullah Hukum

1754

Pasti ramai tahu dan gemarkan makanan deli2go di stesen-stesen Shell terpilih seluruh negara. Kini, Shell Malaysia memperkenalkan kedai deli stand-alone pertama di luar stesen minyaknya, terletak di hentian LRT Abdullah Hukum.

Ia direka untuk memudahkan rakyat Malaysia yang sedang dalam perjalanan urusan seharian. deli by Shell menawarkan rangkaian makanan dan minuman termasuklah hidangan popular yang biasa didapati di deli2go.



Hidangan tempatan juga boleh didapati seperti nasi lemak bungkus, donut ikan bilis dan nasi Buttermilk Chicken.

Deli by Shell merupakan sebahagian dari inisiatif pengeluar minyak itu untuk menyediakan hentian atau pit-stop untuk rakyat Malaysia dengan menghidangkan makanan segar, mudah dan hangat.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain berkata: “Pengguna LRT kini boleh menikmati kemudahan sebuah deli oleh Shell di tengah-tengah kesibukan harian mereka.

“Kami mahu pelanggan menikmati makanan Malaysia sama ada secawan Kopi O panas atau nasi lemak segar.”

Cawangan deli by Shell di stesen LRT Abdullah Hukum merupakan permulaan baharu syarikat itu dalam mengembangkan lebih dari sekadar stesen minyak.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shell.com.my.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here