Pemandu selamat, Audi R8 terbakar dijilat api

2112

Seorang pemandu hanya mampu melihat Audi R8 kesayangannya terbakar dan musnah dijilat api berdekatan Tol Penchala Link menghala Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu.

audi r8

Bagaimanapun mangsa dikatakan sempat menyelamatkan diri sebelum api marak dengan lebih cepat.



Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Bahron Amzah, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 1:32 petang.

audi r8

“Seramai 15 petugas bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas dan Taman Tun Dr Ismail dikejarkan ke lokasi,” kata Bahron.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kita dapati kebakaran melibatkan sebuah Audi R8 100 peratus.

“Tiada mangsa yang terlibat dan kebakaran dapat dikawal pada pukul 1.49 petang,” tambahnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here