Pizza Hut baru sahaja melancarkan cara penghantaran paling cool untuk menghantar pesanan mereka, dengan menggunakan Ferrari F430.
Kempen ini merupakan salah satu inisiatif Pizza Hut untuk sentiasa memberikan keseronokan dan keceriaan kepada pelanggan apabila menerima penghantaran makanan dan mengukir kenangan manis serta luar biasa yang tidak dapat dilupakan dengan kejutan yang paling tidak dijangka sempena sambutan hari April Fool’s.
“Pizza Hut memang sentiasa terkenal untuk memberikan lebih dari sekadar pizza kepada
pelanggan-pelanggan yang disayangi,” kata Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia.
“Semua yang kami lakukan adalah untuk meraikan pizza itu sendiri, dan kemampuannya untuk mengubah keadaan biasa menjadikannya sebuah pengalaman menyeronokkan yang tidak mungkin dapat dilupakan.
“Pada tahun ini, cara yang lebih baik meraikan dan menyuntik keseronokan pada hari April Fool ialah dengan melayan pelanggan kami dengan suatu kelainan yang tidak dijangka melalui khidmat penghantaran kami,” tambahnya.
Lanjut Emily, kaedah penghantaran ini sudah tentu akan menyenangkan dan menggembirakan, sama seperti pelanggan mereka sedang menikmati pizza.