Porsche 550 Spyder 1955 ditemui semula selepas 35 tahun, masih dalam keadaan baharu!

26717

Porsche sememangnya terkenal dengan penghasilan kereta sport bertaraf dunia, dan mereka telah melakukan ‘kerja’ ini sejak setengah abad yang lalu.

Porsche 550 Spyder 1955

Ketika itu, pengeluar Jerman ini telah menghasilkan beberapa model ikonik seperti 356 dan 911, dan model-model mereka antara kereta klasik yang paling banyak dikumpul di seluruh dunia.



Para pengumpul terus mencari lebih banyak kereta klasik, terutama di garaj dan gudang-gudang yang sudah lama ditinggalkan.

Porsche 550 Spyder 1955

Baru-baru ini, seorang lelaki yang dikenali sebagai Bobby Green telah menemukan sebuah Porsche 550 Spyder 1955 setelah dia dijemput untuk memeriksa koleksi motosikal di Orange County, Amerika Syarikat.

Menurut Carbuzz, Green sangat kagum melihat Porsche tersebut masih berada dalam keadaan baik, walaupun dibiarkan di dalam garaj selama 35 tahun.

Porsche 550 Spyder 1955

Oleh kerana kereta ini merupakan model tahun 1955, ini bermakna ini adalah salah satu Porsche Spyder 550 terakhir dari production line di Stuttgart.

Porsche 550 Spyder 1955

Porsche 550 Spyder 1955 merupakan sebuah model yang paling unggul dalam kancah perlumbaan, dimana ia pernah meraih kemenangan dalam perlumbaan 24 Hour of Le Mans bersama dengan model Carrera Panamericana.

Kereta ini dikuasakan oleh enjin 1.5-liter yang mampu menghasilkan 108hp dan 120Nm tork jika masih berada dalam keadaan baharu. Kuasa yang dihasilkan dihantar ke sistem pacuan roda belakang melalui transmisi manual 4-kelajuan yang disertakan.

Kereta seperti ini sangat jarang dijumpai buat masa sekarang, dan bukan suatu perkara pelik jika ada yang dijual pada harga melebihi USD3 juta (RM12.4 juta).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here